Pages

Saturday, April 3, 2010

MEB???

pe 2??
mesti korg pelik kn
huhu
MEB or known as Dasar ekonomi Baru yg bru dilncrkn oleh PM kita:

Model Ekonomi Baru Beri Peluang Seimbang, Kata Mukhriz

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Model Ekonomi Baru (MEB) memberi peluang yang seimbang kepada industri tempatan dan pelabur asing untuk mengambil bahagian dalam ekonomi negara.

"Pendekatan yang diambil oleh MEB sangat jelas dan ramai yang bersemangat untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Penjagaan Jantung (KLHC) Kuala Lumpur di sini.

Pada masa yang sama, MEB juga memberi perhatian yang serius terhadap 40 peratus daripada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah supaya tidak terpinggir daripada arus perdana ekonomi negara, katanya.

"Walaupun sasaran model tersebut sangat mencabar, namun ia penting jika mahu melihat satu transformasi dan perubahan yang memberi nikmat kepada seluruh rakyat," kata Mukhriz.

Oleh itu, fokus utama sekarang ialah 1Malaysia yang disokong Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan MEB, manakala asasnya ialah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.

Tiga hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan MEB untuk menjadikan Malaysia lebih kompetitif di peringkat serantau dan global bagi meningkatkan pendapatan per kapita kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad, daripada AS$7,000 sekarang.


Dilema Model Ekonomi Baru



"Model Ekonomi Baru" yang bakal diumumkan oleh kerajaan Najib Razak kini berdepan dengan pelbagai rintangan. Menurut perhitungan asalnya, kerajaan cuba mempertingkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai, dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lantas mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan petroleum.

Oleh kerana GST adalah "cukai tidak langsung" (Indirect Tax), maka lebih mudah untuk kerajaan menyelaraskan pencukaian, berbanding dengan cukai langsung (Direct Tax). Malah, tekanan yang dihadapi kerajaan lebih rendah, maka GST dianggap sebagai salah satu saluran terbaik untuk kerajaan meningkatkan pendapatannya.

Namun demikian, Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada asalnya dijadualkan untuk pembentangan bacaan kali kedua dan ketiga dalam Persidangan Dewan Rakyat ini, telah ditentang hebat oleh pembangkang dan golongan peniaga.

continue........

No comments:

Post a Comment